Marcapada ini,negara kita telah melalui satu fasa yang telah menjadikan kebanyakan umat manusia susah untuk berinteraksi antara satu sama lain.Hal ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan pembangunan teknologi di setiap penjuru dunia.Tambahan pula,dengan goyahnya institusi kenegaraan disebabkan peperangan yang melibatkan beberapa negara di dunia ini.
Sering kali kita melihat masyarakat sekarang lebih banyak berkomunikasi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook,Whatsapp,Wechat. Menurut kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat kebanyakan ahli keluarga menggunakan gadjet untuk kemudahan dan hiburan mereka.Menurut Smith (2010),pertumbuhan penggunaan gadjet di negara-negara Asia telah mencecah sehingga 230 million.Keadaan ini jelas menunjukkan ramai golongan masyarakat kini menggunakan gadjet seperti telefon bimbit dalam kehidupan mereka.
Dengan penggunaan gadjet yang semakin meningkat,pada pendapat saya ia sedikit sebanyak memberi kesan yang positif mahupun negatif.Kesan yang paling ketara sekali ialah sudah semestinya komunikasi kita terhadap orang sekeliling khususnya keluarga kita sendiri. Akibat terlalu bergantung kepada gadjet mereka selalu mengabaikan komunikasi secara bersemuka.Pernahkah anda mengalami kejadian seperti sekumpulan remaja atau keluarga makan bersama di kedai makan tetapi mereka asyik dengan gadjet mereka?pernah bukan?Penggunaan gadjet yang berlebihan boleh menyebabkan komunikasi terhadap orang sekeliling akan menjadi buruk.
Gadjet
Oleh itu,kita sewajarnya memberikan perhatian terhadap semangat hidup bermasyarakat yang akan memberi kebaikan untuk kita semua.Semangat hidup bermasyarakat yang boleh dikaitkan adalah semangat kejiranan.Adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda? Umumnya, jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan. Semangat kejiranan ini merujuk kepada tahap keakraban dalam hubungan sesama jiran. Pada masa kini semangat kejiranan amat jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar jika dibandingkan masyarakat bandar. Apakah kebaikan semangat kejiranan dalam kehidupan kita?
Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.
Aktiviti Kejiranan(Hari Raya Korban)
Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan.
Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Aktiviti gotong royong
Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang lebih besar lalah semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.
Sekian itu sahaja perkongsian saya,terima kasih.
“What should young people do with their lives today? Many things, obviously. But the most daring thing is to create stable communities in which the terrible disease of loneliness can be cured.”
:) :) :)